Ahad, 4 November 2007

DEMAM PEPERIKSAAN MELANDA SMK PUTRA

Sekarang ini demam peperiksaan melanda pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM. Kepada semua pelajar, pastikan anda berjaya. Tapi mengertilah, seperti yang selalu diingatkan, ilmu bukan hanya peperiksaan tetapi lebih daripada itu adalah untuk kehidupan. Jadilah manusia yang dapat memanfaatkan ilmu yang Tuhan berikan. Guru hanya menjadi penyampai sahaja. Sentiasalah bersyukur dan beringatlah supaya kita berada di landasan yang benar. Selamat menghadapi peperiksaan dunia yang akan menentukan kejayaan dunia dan akhirat. Jadilah seperti padi yang kian berisi kian tunduk bukan lalang yang terus berdiri meski kosong tak berisi.

Langkah-langkah Bijak Menjelang Peperiksaan

1. Bertenang dan melapangkan fikiran.
2. Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.
3. Tidur yang mencukupi.
4. Menjaga kesihatan diri.
5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.
6. Menjaga solat 5 waktu, memperbanyak solat hajat hajat, membaca al-Quran.
7. Membuat dan membaca nota-nota ringkas.
8. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.
9. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan merangsang kecerdasan otak.
10. Meminta doa dan restu daripada ibu bapa dan guru-guru.
11. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
12. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
13. Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.
14. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.
15. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.
16. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.
17. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab sebelum dan selepas peperiksaan.
18. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
19. Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
20. Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.
b1. Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.