Rabu, 30 Mei 2007

8 Mac 2007 : Majlis Ikrar dan Ikat Janji

Di hadapan barisan tenaga pengajar STPM, 44 orang pelajar 6 Atas mengangkat tangan berikrar dan berjanji perkara-perkara berikut, moga dipegang segala janji walau apa segala jadi, kamulah anak-anakku, yang menjunjung tanggung, tulus menguak riak, tulus merenang gelombang, biar nantinya, teranyam tenunan budi, busana songket halus peribadi, moga janji tak tinggal janji....
1. Melaksanakan segala perintah Allah dan Rasul dan mensyukuri segala nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan kepada kami,
2. Menghormati dan menjunjung tinggi jasa dan khidmat bakti para guru kami yang bertungkus-lumus menabur ilmu dan bekerja keras untuk kejayaan kami,
3. Hadir pada setiap hari persekolahan memberi tumpuan penuh semasa kelas pembelajaran dengan baik,
4. Mengikuti dan mengambil bahagian dalam semua program yang diatur oleh pihak sekolah dan pasukan Projek STPM,
5. Menghormati semua guru dan rakan,
6. Mentaati dan menyayangi kedua ibu bapa kami yang telah melahirkan, mendidik dan membesarkan kami dengan penuh kasih sayang,
7. Menjadi seorang pelajar yang beriman dan berjiwa murni, berakhlak mulia dan berbudi pekerti tinggi dan menjaga tingkah laku, tatatertib dan adab sopan sepanjang masa,
8. Menempuh segala cabaran dan rintangan dengan ketabahan dan kecekalan sehingga kami berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan STPM tahun ini.

DENGAN IZIN ALLAH SWT,
KAMI YAKIN KAMI AKAN BERJAYA DI SINI

di hadapan Tuan Pengetua, Tuan Haji Mohamad bin Ghani pada 10.10 pagi 8 Mac 2007

Sabtu, 26 Mei 2007

AMANAT PENGETUA UNTUK PASUKAN PROJEK STPM SMK PUTRA

Saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat meneruskan kerja buat kita pada tahun ini untuk meneruskan agenda penting pasukan kita iaitu menjana kecemerlangan pelajar STPM 2007.

Perkara pertama yang ingin saya sampaikan ialah tentang konsep kejayaan yang masih ramai daripada kita kabur dan tidak begitu jelas. Kejayaan dalam peperiksaan bukanlah segala-galanya. Bukan matlamat kita memberi kejayaan akademik yang cemerlang semata-mata. Ukuran kejayaan yang sebenar ialah mampukah kita melahirkan insan pelajar yang benar-benar berilmu dan dengan ilmu yang ada dapat berjaya dalam kehidupannya; dapatkah kita melahirkan pelajar yang beriman dan dengan keimanan itu dapat memberi petunjuk ke jalan yang diredai; dan mampukah kita melahirkan pelajar yang berkeperibadian mulia dan dengan peribadi yang mulia itu boleh mengharmonikan masyarakat dan negara. Kalau sekadar cemerlang dalam akademik tetapi jelik dan rapuh peribadinya, kaku ilmunya dan nipis keimanannya, itu bukanlah kejayaan yang sebenar. Hal ini sangat jelas dan amat perlu difahami oleh kita semua.

Mesej kedua ialah tentang konsep hubungan. Bagaimanakah kita mewujudkan jalinan dan hubungan kita dengan masyarakat, dalam hal ini para ibu bapa dan penjaga. Di mana-manapun, ibu bapa ialah klien kita. Mereka ialah pelanggan utama kita. Hasrat dan harapan mereka terletak di bahu kita. Amat besar amanah yang mereka serahkan kepada kita. Amanah tersebut kini menjadi tanggungjawab kita. Sebagai pendidik tulen, kita tidak boleh cuai menjalankan tanggungjawab. Dalam konteks ini tanggungjawab paling utama kita ialah pendidikan. Kita perlu meletakkan pendidikan sebagai keutamaan paling tinggi melebihi hal-hal yang lain.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan penghargaan kepada ahli-ahli pasukan STPM yang sekali lagi berjaya meletakkan sekolah kita antara sekolah terbaik di daerah ini dalam peperiksaan STPM 2006. Walaupun kita tidak dapat melahirkan pelajar terbaik tetapi gred purata kita tinggi. Hal ini bermakna ramai pelajar kita akan berpeluang untuk meneruskan pelajaran ke IPTA.

Semangat juang tuan-tuan puan-puan amat saya hargai dan harapan saya agar kita dapat meneruskan usaha yang lebih padu dan mantap tahun ini.

Sekian, terima kasih.
Haji Mohamad bin Ghani
Pengetua,
SMK Putra, Jerteh

PASUKAN PROJEK KECEMERLANGAN STPM SMK PUTRA 2007

Segala puji-pujian bagi Allah kerana dengan kehendak-Nya, projek kecemerlangan prestasi STPM SMK Putra dapat diterusan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan seperjuangan kerana kejayaan yang telah kita capai dalam peperiksaan STPM 2006. Tanpa kerja kuat guru-guru dan komitmen dan kesedaran yang tinggi pelajar tidak mungkin kita diberi kejayaan sebegitu rupa. Kemerosotan dalam subjek-subjek tertentu adalah lumrah dan anggaplah ia sebagai cabaran buat kita.

Kejayaan pelajar yang cemerlang memerlukan komitmen guru. Tahun ini cabaran kita makin bertambah. Sehubungan itu kerja kita makin banyak dan rumit. Seperti biasa, pedoman tradisi kita ialah organisasi pasukan yang kukuh, sistem kerja yang bestari dan keutuhan dalam kesepakatan akan menjadi modal untuk kejayaan kita pada tahun ini. Di atas semua itu, niat yang luhur, keberkatan dan tawakal dalam segala hal akan sentiasa menjadi kompas dalam perjalanan kita. Saya benar-benar mengharapkan agar kita semua boleh memberikan kerjasama dan komitment yang tinggi dalam semua program yang diatur. Semoga kita akan mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada tahun ini.

Terima kasih.

HAJAH FARIZA NURBAYA MUHAMMAD
Pengurus,
Projek Prestasi STPM,
SMK Putra 2007

Ahad, 8 April 2007

STPM 2006 : SMK PUTRA TERUS GEMILANG

Keputusan peperiksaan ssSTPM yang diumumkan pada 15 Mac 2007 menunjukkan SMK Putra bukanlah sekolah yang tenggelam timbul dengan keputusan yang turun naik setiap tahun. Keputusan 2006 membuktikan bahawa sekiranya sesuatu program dijalankan dengan baik dan berkesan, insya-Allah keputusannya pasti membanggakan. Dengan peningkatan Gred Purata Calon daripada 2.42 pada tahun 2005 kepada 2.52 menempatkan SMK Putra di tangga kedua di daerah ini selepas SMKA Nurul Ittifaq. Lebih manis lagi apabila 64% (32 orang) pelajar berjaya mendapat NGMP 2.50 ke atas dan 28 orang (56%) mendapat 2.67 ke atas layak masuk universiti (berdasarkan keputusan ke IPTA tahun 2005). Semoga tahun ini makin bertambahlah anak-anak di lembah Darau ini mampu melangkahkan kaki ke universiti.

CALON STPM YANG BERJAYA KE IPTA SESI 2005/2006

Setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar-pelajar SMK Putra yang berjaya melangkahkan kaki ke menara gading. Siapa sangka dari lembah pedalaman ini kita mampu menghantar mereka ke universiti.

MOHD HAFIZAM BIN ZAKARIA (UPSI)
NOR AIDA BT A.HAMID(UPSI)
NORAINI BINTI IBRAHIM (UUM)
NURUL LIYANA BINTI PAUZI (UM)
ROSMAIZA BINTI HASAM (UPSI)
SITI FATIMAH BINTI MOHAMAD (UUM)
SITI KHATIJAH BINTI ABDUL KADIR (UPM)
SURIANI BINTI MD YUSOF(UMS)
WAN NOR IZAH BINTI WAN ENDUT (UKM)
YUSHAFIZA BINTI YUSUF (UNIMAS)
YUSOF BIN DOLAH (UM)
AMIER AZWAN BIN MAT HUSIN (UPSI)
NOR ASFARINA BINTI ABDUL MAJID (UM)
NORASIAH BINTI ZAKARIA (UM)
NURIHA BINTI ISMAIL (UPSI)
NUZULAZWAN BIN MOHD NOR (USM)

PROJEK STPM 2005

Syukur kepada Allah SWT kerana PROJEK STPM 2005 ini dapat diteruskan. Hal ini bermakna tamatlah sudah tahun getir 2004 dengan pencapaian gemilang dan di luar dugaan. Kita telah mendapat keputusan lulus penuh paling tinggi di daerah ini. Siapa sangka SMKP dapat berjaya sebegini rupa? Siapa sangka kita dapat mengalahkan sekolah-sekolah ternama yang jauh lebih berpengalaman daripada kita di daerah ini? Kejayaan ini sebenarnya tidaklah menjadikan kita angkuh. Kita masih lagi seperti tahun lepas, akan bekerja keras dan mengatur perancangan kerja yang sistematik dan tersusun.
Kita percaya bahawa kejayaan gemilang bukan sesuatu yang mudah. Usaha yang gigih sahaja tidak mencukupi. Program yang banyak tetapi tidak berkesan tidak akan mendatangkan hasil. Oleh sebab itulah Buku Projek STPM ini sangat penting. Buku ini menjadi batu tanda yang kukuh terhadap perancangan dan keberkesanan usaha kita. Buku ini menjadi tanda penyatuan cita dan rasa segenap ahli pasukan untuk melakarkan satu lagi kejutan dalam STPM 2005.
Seperti yang telah saya nyatakan dalam kata-kata aluan buku projek STPM tahun lepas bahawa saya yakin dengan barisan fasilitator prauniversiti sekolah ini. Anda semua ternyata memiliki kepakaran dan kemahiran dalam bidang masing-masing. Ditambah dengan kesungguhan yang tidak bertepi, maka insya-Allah, anak-anak didik kita sekali lagi akan menempa kejayaan tahun ini. Tidak banggakah kita apabila melihat anak-anak kampung yang dahulunya berkaki ayam dan bergelumang lumpur tetapi kini dengan megahnya dapat melangkahkan kaki ke menara gading? Tidak ada sesuatu yang lebih bermakna bagi kita kaum pendidik selain daripada melihat kejayaan para pelajar kita. Memang, melanjutkan pelajaran ke universiti bukanlah menjadi perkara asing lagi pada hari ini, tetapi cubalah kita lihat pada raut wajah ibu bapa mereka semua, terpancar rasa bangga yang tidak terhingga dengan kejayaan anak-anak mereka.
Akhirnya, ucapan penghargaan dihulurkan kepada Ketua Perancang dan Pemandu Projek Prauniversiti 2005 ini dan kepada semua ahli pasukan yang memerah minda dan memadu tenaga bagi sama-sama menjayakan segala program yang telah dirangka.


Sekian, terima kasih.

HJ MHD RAMLI BIN CHE MAT
Pengetua,
SMK Putra, Jerteh

TAHNIAH!. CALON STPM SMK PUTRA PERTAMA KE IPTA.

30 orang pelajar 6 atas SMK Putra tahun 2004 yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA sesi 2004/2005.

NORAIZAH BINTI ABDUL AZIZ (UPSI)
NOREAINI BINTI MAT NAWI (UPSI)
MD AZIHARIMAN BIN ISMAIL (UPSI)
NOR HAZWANI BINTI HUSIN (UUM)
NIK ZULKIFLI BIN NIK SETAPA (UKM)
MOHD TARMIZI BIN HUSAIN (UPM)
NURHANA BINTI SAREPUDDIN (UUM)
NOR HASMIWA BINTI GHAZALI (UPM)
RAIZIZON BIN RUJUNAIDI (UM)
NURUL NAIMAH BINTI TAN ALI (UNIMAS)
NORKASMAWATI BINTI AB GHAFFAR (KUSTEM)
NORILLENNA BINTI MOHD SALLEH(UiTM)
HARUN BIN HUSSIN (UM)
ROSFARALIZA ADURA BINTI RAMLI (UPM)
NOR HAFIZAN BINTI YUSOF (USM)
TENGKU MOHD YUSRIE BIN TENGKU MIZAN (KUSTEM)
MOHD NAJIB BIN ZAKARIA (UM)
NUREMITA BINTI MOHD RAZALI (UUM)
MOHD ADLI BIN UDIN (UPSI)
AFFENDI BIN ABDULLAH (UM)
ABU BAKAR BIN MOHAMAD (UMS)
MOHD ZAKI BIN JAAFAR (UM)
NOR AZLIZA BINTI RAMLI (KUSTEM)
NOOR ADLINA JULIZAN BINTI MOHD ADNAN (UNIMAS)
NONIE AZIRA BINTI AB GHANI (KUSTEM)
AZMALINDA BINTI HASSAN (KUSTEM)
SURYANI BINTI YA'AKUB (UiTM)
NIK MAHYIDIN BIN NIK MAHMUD (UPSI)
AZLINA BINTI HANAPI (KUSTEM)
SABARIAH BINTI ISMAIL (KUSTEM)