Ahad, 8 April 2007

STPM 2006 : SMK PUTRA TERUS GEMILANG

Keputusan peperiksaan ssSTPM yang diumumkan pada 15 Mac 2007 menunjukkan SMK Putra bukanlah sekolah yang tenggelam timbul dengan keputusan yang turun naik setiap tahun. Keputusan 2006 membuktikan bahawa sekiranya sesuatu program dijalankan dengan baik dan berkesan, insya-Allah keputusannya pasti membanggakan. Dengan peningkatan Gred Purata Calon daripada 2.42 pada tahun 2005 kepada 2.52 menempatkan SMK Putra di tangga kedua di daerah ini selepas SMKA Nurul Ittifaq. Lebih manis lagi apabila 64% (32 orang) pelajar berjaya mendapat NGMP 2.50 ke atas dan 28 orang (56%) mendapat 2.67 ke atas layak masuk universiti (berdasarkan keputusan ke IPTA tahun 2005). Semoga tahun ini makin bertambahlah anak-anak di lembah Darau ini mampu melangkahkan kaki ke universiti.

CALON STPM YANG BERJAYA KE IPTA SESI 2005/2006

Setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar-pelajar SMK Putra yang berjaya melangkahkan kaki ke menara gading. Siapa sangka dari lembah pedalaman ini kita mampu menghantar mereka ke universiti.

MOHD HAFIZAM BIN ZAKARIA (UPSI)
NOR AIDA BT A.HAMID(UPSI)
NORAINI BINTI IBRAHIM (UUM)
NURUL LIYANA BINTI PAUZI (UM)
ROSMAIZA BINTI HASAM (UPSI)
SITI FATIMAH BINTI MOHAMAD (UUM)
SITI KHATIJAH BINTI ABDUL KADIR (UPM)
SURIANI BINTI MD YUSOF(UMS)
WAN NOR IZAH BINTI WAN ENDUT (UKM)
YUSHAFIZA BINTI YUSUF (UNIMAS)
YUSOF BIN DOLAH (UM)
AMIER AZWAN BIN MAT HUSIN (UPSI)
NOR ASFARINA BINTI ABDUL MAJID (UM)
NORASIAH BINTI ZAKARIA (UM)
NURIHA BINTI ISMAIL (UPSI)
NUZULAZWAN BIN MOHD NOR (USM)

PROJEK STPM 2005

Syukur kepada Allah SWT kerana PROJEK STPM 2005 ini dapat diteruskan. Hal ini bermakna tamatlah sudah tahun getir 2004 dengan pencapaian gemilang dan di luar dugaan. Kita telah mendapat keputusan lulus penuh paling tinggi di daerah ini. Siapa sangka SMKP dapat berjaya sebegini rupa? Siapa sangka kita dapat mengalahkan sekolah-sekolah ternama yang jauh lebih berpengalaman daripada kita di daerah ini? Kejayaan ini sebenarnya tidaklah menjadikan kita angkuh. Kita masih lagi seperti tahun lepas, akan bekerja keras dan mengatur perancangan kerja yang sistematik dan tersusun.
Kita percaya bahawa kejayaan gemilang bukan sesuatu yang mudah. Usaha yang gigih sahaja tidak mencukupi. Program yang banyak tetapi tidak berkesan tidak akan mendatangkan hasil. Oleh sebab itulah Buku Projek STPM ini sangat penting. Buku ini menjadi batu tanda yang kukuh terhadap perancangan dan keberkesanan usaha kita. Buku ini menjadi tanda penyatuan cita dan rasa segenap ahli pasukan untuk melakarkan satu lagi kejutan dalam STPM 2005.
Seperti yang telah saya nyatakan dalam kata-kata aluan buku projek STPM tahun lepas bahawa saya yakin dengan barisan fasilitator prauniversiti sekolah ini. Anda semua ternyata memiliki kepakaran dan kemahiran dalam bidang masing-masing. Ditambah dengan kesungguhan yang tidak bertepi, maka insya-Allah, anak-anak didik kita sekali lagi akan menempa kejayaan tahun ini. Tidak banggakah kita apabila melihat anak-anak kampung yang dahulunya berkaki ayam dan bergelumang lumpur tetapi kini dengan megahnya dapat melangkahkan kaki ke menara gading? Tidak ada sesuatu yang lebih bermakna bagi kita kaum pendidik selain daripada melihat kejayaan para pelajar kita. Memang, melanjutkan pelajaran ke universiti bukanlah menjadi perkara asing lagi pada hari ini, tetapi cubalah kita lihat pada raut wajah ibu bapa mereka semua, terpancar rasa bangga yang tidak terhingga dengan kejayaan anak-anak mereka.
Akhirnya, ucapan penghargaan dihulurkan kepada Ketua Perancang dan Pemandu Projek Prauniversiti 2005 ini dan kepada semua ahli pasukan yang memerah minda dan memadu tenaga bagi sama-sama menjayakan segala program yang telah dirangka.


Sekian, terima kasih.

HJ MHD RAMLI BIN CHE MAT
Pengetua,
SMK Putra, Jerteh

TAHNIAH!. CALON STPM SMK PUTRA PERTAMA KE IPTA.

30 orang pelajar 6 atas SMK Putra tahun 2004 yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA sesi 2004/2005.

NORAIZAH BINTI ABDUL AZIZ (UPSI)
NOREAINI BINTI MAT NAWI (UPSI)
MD AZIHARIMAN BIN ISMAIL (UPSI)
NOR HAZWANI BINTI HUSIN (UUM)
NIK ZULKIFLI BIN NIK SETAPA (UKM)
MOHD TARMIZI BIN HUSAIN (UPM)
NURHANA BINTI SAREPUDDIN (UUM)
NOR HASMIWA BINTI GHAZALI (UPM)
RAIZIZON BIN RUJUNAIDI (UM)
NURUL NAIMAH BINTI TAN ALI (UNIMAS)
NORKASMAWATI BINTI AB GHAFFAR (KUSTEM)
NORILLENNA BINTI MOHD SALLEH(UiTM)
HARUN BIN HUSSIN (UM)
ROSFARALIZA ADURA BINTI RAMLI (UPM)
NOR HAFIZAN BINTI YUSOF (USM)
TENGKU MOHD YUSRIE BIN TENGKU MIZAN (KUSTEM)
MOHD NAJIB BIN ZAKARIA (UM)
NUREMITA BINTI MOHD RAZALI (UUM)
MOHD ADLI BIN UDIN (UPSI)
AFFENDI BIN ABDULLAH (UM)
ABU BAKAR BIN MOHAMAD (UMS)
MOHD ZAKI BIN JAAFAR (UM)
NOR AZLIZA BINTI RAMLI (KUSTEM)
NOOR ADLINA JULIZAN BINTI MOHD ADNAN (UNIMAS)
NONIE AZIRA BINTI AB GHANI (KUSTEM)
AZMALINDA BINTI HASSAN (KUSTEM)
SURYANI BINTI YA'AKUB (UiTM)
NIK MAHYIDIN BIN NIK MAHMUD (UPSI)
AZLINA BINTI HANAPI (KUSTEM)
SABARIAH BINTI ISMAIL (KUSTEM)

OBJEKTIF PROJEK STPM SMK PUTRA

1. Mewujudkan satu pasukan STPM yang berwibawa dan mantap sebagai asas kukuh bagi menjana satu aliran pendidikan yang bersepadu antara memenuhi kehendak prestasi peperiksaan dengan matlamat melahirkan insan murni berakhlak mulia.

2. Melahirkan satu generasi pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam peperiksaan tetapi juga mampu menjadi contoh teladan yang baik (role model ) kepada pelajar-pelajar yang lain.

3. Melaksanakan program-program kecemerlangan peperiksaan dengan terancang dan berkesan hasil daripada penyatuan fikiran yang jitu dan teguh di kalangan ahli-ahli pasukan.

4. Menimbulkan satu budaya kerjasama yang utuh dan padu antara tiga elemen penting iaitu guru sebagai tenaga penyumbang ilmu, ibu bapa ( PIBG ) sebagai penjaga pelajar dan pelajar sendiri sebagai sumber rujukan utama. Budaya kerjasama yang erat dan mantap akan memberi kesan yang besar kepada kejayaan sesuatu projek yang akan dilaksanakan.

5. Membina suatu perspektif yang teguh di kalangan semua pihak agar segala perancangan yang dibuat dan strategi yang diatur akan hanya membawa kejayaan jika dimulakan dengan niat yang baik dan disandarkan kepada konsep keredaan dan keberkatan Allah SWT.

MISIS PASUKAN STPM 2004

PASUKAN STPM SMK PUTRA INGIN MEMBERI KHIDMAT BAKTI YANG TIDAK BERBELAH BAGI DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH KEPADA PELAJAR-PELAJAR STPM 2004 SEKOLAH INI DALAM MEMBINA PRINSIP KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN KEUTUHAN PERIBADI.

Setitis Tinta Penyelaras STPM SMK Putra Pertama

Saya mengucap syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya Projek Prestasi Kecemerlangan STPM 2004 dapat dilaksanakan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi idea dan pandangan untuk merancang segala program yang telah kita tetapkan.

Kita menghadapi suatu keadaan yang paling mencabar tahun ini apabila para pelajar tingkatan 6 bawah tahun lepas menghadapi sesi pengajian kedua iaitu tingkatan 6 atas. Cabaran kita datangnya dari pelbagai sudut dan yang paling penting ialah bagaimana kita dapat membawa kejayaan gemilang kepada para pelajar yang bakal menghadapi STPM hujung tahun ini. Bukan suatu perkara yang mudah untuk mencipta sejarah kegemilangan di peringkat STPM. Inilah kali pertama sekolah kita mengharungi pengalaman getir dan percayalah, hanya dengan keyakinan dan kesungguhan dan ditambah pula dengan komitment yang tidak berbelah bagi, kita juga mampu mencipta sejarah kegemilangan STPM seperti mana sekolah-sekolah perintis yang lain di daerah Besut ini, dan juga di negeri Terengganu.

Seperti yang telah saya nyatakan, kejayaan tertinggi tidak mungkin digarap jika tidak adanya penyatuan fikiran dan kesepaduan dalam tindakan.

Sekian, terima kasih.

FARIZA NURBAYA MUHAMMAD
Penyelaras,
Projek Prestasi STPM,
SMK Putra 2004

Kata Alu-aluan Pembuka Bicara Tuan Pengetua

30 Januari 2004

Saya memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana Projek Kecemerlangan STPM ini dapat dilancarakna dan dijalankan pada tahun ini. Pasukan projek STPM ini menjadi tanda penyatuan cita dan rasa segenap ahli pasukan untuk melakarkan satu kejutan dalam keputusan STPM 2004. Sesungguhnya, di aras mana prestasi anak-anak sulung ini menjadi titik pelunjuran status STPM sekolah seterusnya.

Saya yakin kepada barisan fasilitator prauniversiti kerana mereka ternyata memiliki kepakaran dan kemahiran di dalam bidang masing-masing. Ditambah dengan kesungguhan yang tidak terperi, maka insya-Allah, anak-anak perintis kesayangan ini bakal menerima ucap sanjung kerana kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM 2004 kelak.

Segala program yang dirancang dan diatur diharapkan akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan memberi kesan yang paling baik dan bermakna.

Akhirnya, ucapan penghargaan dihulurkan kepada Ketua Perancang dan Pemandu Projek Prauniversiti 2004 ini dan kepada semua ahli pasukan yang memerah minda dan memadu tenaga bagi sama-sama menjayakan segala program yang telah dirangka.

Sekian, terima kasih.

HJ MHD RAMLI BIN CHE MAT
Pengetua,
SMK Putra, Jerteh

Kata Alu-aluan Pembuka Bicara Tuan pengetua

30 Januari 2004

Saya memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana Projek Kecemerlangan STPM ini dapat dilancarakna dan dijalankan pada tahun ini. Pasukan projek STPM ini menjadi tanda penyatuan cita dan rasa segenap ahli pasukan untuk melakarkan satu kejutan dalam keputusan STPM 2004. Sesungguhnya, di aras mana prestasi anak-anak sulung ini menjadi titik pelunjuran status STPM sekolah seterusnya.

Saya yakin kepada barisan fasilitator prauniversiti kerana mereka ternyata memiliki kepakaran dan kemahiran di dalam bidang masing-masing. Ditambah dengan kesungguhan yang tidak terperi, maka insya-Allah, anak-anak perintis kesayangan ini bakal menerima ucap sanjung kerana kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM 2004 kelak.

Segala program yang dirancang dan diatur diharapkan akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan memberi kesan yang paling baik dan bermakna.

Akhirnya, ucapan penghargaan dihulurkan kepada Ketua Perancang dan Pemandu Projek Prauniversiti 2004 ini dan kepada semua ahli pasukan yang memerah minda dan memadu tenaga bagi sama-sama menjayakan segala program yang telah dirangka.

Sekian, terima kasih.

HJ MHD RAMLI BIN CHE MAT
Pengetua,
SMK Putra, Jerteh

BLOG PROJEK STPM SMK PUTRA

SALAM SEJAHTERA!

Projek Kecemerlangan STPM 2004 merupakan projek perintis bagi Pasukan STPM SMK Putra dan menjadi tapak permulaan yang sangat penting bagi mewujudkan suatu era kegemilangan dalam peperiksaan STPM sekolah ini. Setelah mengharungi pengalaman dan menjalani iklim pembelajaran peringkat prauniversiti selama setahun di tingkatan 6 rendah, para pelajar akan memasuki sesi pengajian yang lebih mantap dan mencabar di tingkatan 6 atas. Dan, oleh sebab inilah julung-julung kalinya sekolah ini berhadapan dengan suasana peperiksaan peringkat tertinggi dalam sistem pendidikan sekolah menengah, satu perancangan projek kecemerlangan yang mampan perlu diketengahkan agar kita dapat merangka, merancang dan melaksanakan program prestasi yang baik dan berkesan.

Projek STPM SMK Putra dimulakan pada tahun 2003 dengan pembukaan 2 kelas tingkatan 6 bawah yang mempunyai 70 orang pelajar.