Rabu, 30 Mei 2007

8 Mac 2007 : Majlis Ikrar dan Ikat Janji

Di hadapan barisan tenaga pengajar STPM, 44 orang pelajar 6 Atas mengangkat tangan berikrar dan berjanji perkara-perkara berikut, moga dipegang segala janji walau apa segala jadi, kamulah anak-anakku, yang menjunjung tanggung, tulus menguak riak, tulus merenang gelombang, biar nantinya, teranyam tenunan budi, busana songket halus peribadi, moga janji tak tinggal janji....
1. Melaksanakan segala perintah Allah dan Rasul dan mensyukuri segala nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan kepada kami,
2. Menghormati dan menjunjung tinggi jasa dan khidmat bakti para guru kami yang bertungkus-lumus menabur ilmu dan bekerja keras untuk kejayaan kami,
3. Hadir pada setiap hari persekolahan memberi tumpuan penuh semasa kelas pembelajaran dengan baik,
4. Mengikuti dan mengambil bahagian dalam semua program yang diatur oleh pihak sekolah dan pasukan Projek STPM,
5. Menghormati semua guru dan rakan,
6. Mentaati dan menyayangi kedua ibu bapa kami yang telah melahirkan, mendidik dan membesarkan kami dengan penuh kasih sayang,
7. Menjadi seorang pelajar yang beriman dan berjiwa murni, berakhlak mulia dan berbudi pekerti tinggi dan menjaga tingkah laku, tatatertib dan adab sopan sepanjang masa,
8. Menempuh segala cabaran dan rintangan dengan ketabahan dan kecekalan sehingga kami berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan STPM tahun ini.

DENGAN IZIN ALLAH SWT,
KAMI YAKIN KAMI AKAN BERJAYA DI SINI

di hadapan Tuan Pengetua, Tuan Haji Mohamad bin Ghani pada 10.10 pagi 8 Mac 2007

1 ulasan:

putera, SMP 2005 berkata...

kejayaan itu mungkinkah benar?
( sekadar mengiringi majlis ikrar pelajar...)

jerit jebat 1

jerit jebat sepanjang zaman
meronta menikam minda kelabu yang beku, yang jumud
engkaukah itu tuah yang selalu fana selalu leka dibuai sang bidadari suara emas hati besi
aku merintih keranamu, kau fahamkah tuah, kau sedarkah?

jerit jebat tak siapapun tahu
menerjah menggelepar marah tiada tara, engkaukah itu kasturi yang diam membisu tanpa bahasa tanpa kata-kata, rela bangsa punah ranah, aku derita paling sengsara
kau tahukah? kau sedarkah?

jerit jebat tanpa batas masa
menghambur membara dengan mata bengis bernyala, engkaukah itu lekir yang kerdil kecil tanpa maruah diri, ke mana kau lemparkan bisikan tajamku padamu dulu? sudah hilangkah ia? mengapa kau biarkan mereka merobek membunuh jatimu?
aku malu pada manusia, aku malu pada Tuhanku...kau sedarkah itu?

jerit jebat sepanjang zaman, melayu tak hilang sampai bila-bila tetapi untuk apa?
untuk apa duhai lekiu? ke mana kau lemparkan suci agamamu? gagahkah melayu tanpa agama? megahkah melayu tanpa bahasa? mengapa sanggup kau biarkan mereka memijak mencerca Tuhanmu? bangun dan perjuangkan agamamu agar melayu tetap gagah seluruh dunia.


Julai2007