Sabtu, 26 Mei 2007

PASUKAN PROJEK KECEMERLANGAN STPM SMK PUTRA 2007

Segala puji-pujian bagi Allah kerana dengan kehendak-Nya, projek kecemerlangan prestasi STPM SMK Putra dapat diterusan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan seperjuangan kerana kejayaan yang telah kita capai dalam peperiksaan STPM 2006. Tanpa kerja kuat guru-guru dan komitmen dan kesedaran yang tinggi pelajar tidak mungkin kita diberi kejayaan sebegitu rupa. Kemerosotan dalam subjek-subjek tertentu adalah lumrah dan anggaplah ia sebagai cabaran buat kita.

Kejayaan pelajar yang cemerlang memerlukan komitmen guru. Tahun ini cabaran kita makin bertambah. Sehubungan itu kerja kita makin banyak dan rumit. Seperti biasa, pedoman tradisi kita ialah organisasi pasukan yang kukuh, sistem kerja yang bestari dan keutuhan dalam kesepakatan akan menjadi modal untuk kejayaan kita pada tahun ini. Di atas semua itu, niat yang luhur, keberkatan dan tawakal dalam segala hal akan sentiasa menjadi kompas dalam perjalanan kita. Saya benar-benar mengharapkan agar kita semua boleh memberikan kerjasama dan komitment yang tinggi dalam semua program yang diatur. Semoga kita akan mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada tahun ini.

Terima kasih.

HAJAH FARIZA NURBAYA MUHAMMAD
Pengurus,
Projek Prestasi STPM,
SMK Putra 2007

Tiada ulasan: