Ahad, 8 April 2007

Kata Alu-aluan Pembuka Bicara Tuan Pengetua

30 Januari 2004

Saya memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana Projek Kecemerlangan STPM ini dapat dilancarakna dan dijalankan pada tahun ini. Pasukan projek STPM ini menjadi tanda penyatuan cita dan rasa segenap ahli pasukan untuk melakarkan satu kejutan dalam keputusan STPM 2004. Sesungguhnya, di aras mana prestasi anak-anak sulung ini menjadi titik pelunjuran status STPM sekolah seterusnya.

Saya yakin kepada barisan fasilitator prauniversiti kerana mereka ternyata memiliki kepakaran dan kemahiran di dalam bidang masing-masing. Ditambah dengan kesungguhan yang tidak terperi, maka insya-Allah, anak-anak perintis kesayangan ini bakal menerima ucap sanjung kerana kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM 2004 kelak.

Segala program yang dirancang dan diatur diharapkan akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan memberi kesan yang paling baik dan bermakna.

Akhirnya, ucapan penghargaan dihulurkan kepada Ketua Perancang dan Pemandu Projek Prauniversiti 2004 ini dan kepada semua ahli pasukan yang memerah minda dan memadu tenaga bagi sama-sama menjayakan segala program yang telah dirangka.

Sekian, terima kasih.

HJ MHD RAMLI BIN CHE MAT
Pengetua,
SMK Putra, Jerteh

Tiada ulasan: