Ahad, 8 April 2007

OBJEKTIF PROJEK STPM SMK PUTRA

1. Mewujudkan satu pasukan STPM yang berwibawa dan mantap sebagai asas kukuh bagi menjana satu aliran pendidikan yang bersepadu antara memenuhi kehendak prestasi peperiksaan dengan matlamat melahirkan insan murni berakhlak mulia.

2. Melahirkan satu generasi pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam peperiksaan tetapi juga mampu menjadi contoh teladan yang baik (role model ) kepada pelajar-pelajar yang lain.

3. Melaksanakan program-program kecemerlangan peperiksaan dengan terancang dan berkesan hasil daripada penyatuan fikiran yang jitu dan teguh di kalangan ahli-ahli pasukan.

4. Menimbulkan satu budaya kerjasama yang utuh dan padu antara tiga elemen penting iaitu guru sebagai tenaga penyumbang ilmu, ibu bapa ( PIBG ) sebagai penjaga pelajar dan pelajar sendiri sebagai sumber rujukan utama. Budaya kerjasama yang erat dan mantap akan memberi kesan yang besar kepada kejayaan sesuatu projek yang akan dilaksanakan.

5. Membina suatu perspektif yang teguh di kalangan semua pihak agar segala perancangan yang dibuat dan strategi yang diatur akan hanya membawa kejayaan jika dimulakan dengan niat yang baik dan disandarkan kepada konsep keredaan dan keberkatan Allah SWT.

Tiada ulasan: