Ahad, 8 April 2007

Setitis Tinta Penyelaras STPM SMK Putra Pertama

Saya mengucap syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya Projek Prestasi Kecemerlangan STPM 2004 dapat dilaksanakan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi idea dan pandangan untuk merancang segala program yang telah kita tetapkan.

Kita menghadapi suatu keadaan yang paling mencabar tahun ini apabila para pelajar tingkatan 6 bawah tahun lepas menghadapi sesi pengajian kedua iaitu tingkatan 6 atas. Cabaran kita datangnya dari pelbagai sudut dan yang paling penting ialah bagaimana kita dapat membawa kejayaan gemilang kepada para pelajar yang bakal menghadapi STPM hujung tahun ini. Bukan suatu perkara yang mudah untuk mencipta sejarah kegemilangan di peringkat STPM. Inilah kali pertama sekolah kita mengharungi pengalaman getir dan percayalah, hanya dengan keyakinan dan kesungguhan dan ditambah pula dengan komitment yang tidak berbelah bagi, kita juga mampu mencipta sejarah kegemilangan STPM seperti mana sekolah-sekolah perintis yang lain di daerah Besut ini, dan juga di negeri Terengganu.

Seperti yang telah saya nyatakan, kejayaan tertinggi tidak mungkin digarap jika tidak adanya penyatuan fikiran dan kesepaduan dalam tindakan.

Sekian, terima kasih.

FARIZA NURBAYA MUHAMMAD
Penyelaras,
Projek Prestasi STPM,
SMK Putra 2004

Tiada ulasan: